Powered By Blogger

Thursday, 24 July 2014

Kenapa Allah pilih saya?

Assalamualaikum...

Teman tak pndai sgt nk nasihat pasal pgantungan kita ngan Allah..tapi, yg teman confident boleh cakap, kita kna yakin ngan Allah...
kan slalu kita baca " la hau la wala quwwata illa billah"... maksud dia, xda kekuatan lain selain Allah...:-) ...
meh teman crita, satu kisah ni..yg teman lalui sdiri waktu kt intek dulu...
time form 5, teman nih boleh tahan rapat la dgn junior lower form, nk2 lg adik2 form1.. sbb dulu teman incharge kbersihan surau..depa ni kira ank2 buah teman, yg tolong teman bersih surau mostly setiap hari...
kdg2 tu, senggang antra maghrib n isya, teman saja buat halaqah kecik2, borak ngan depa..kasi ta'lim sikit2..
one day tu, teman kasi ta'lim pasal ibu bapa..saja nk psico depa,..yalah, depa ni baru nk sronok2 ngan dunia..teman tekankn pngorbanan seorang ayh...selit ayt sdih2 sikit, depa sebak nk nangis..last skali, teman alunkan nasyid Ayah dendangan Aeman..teman prasan,ad sorang adik ni, drpd awl smpai akhir ta'lim dia xhenti nangis..bila smpai part lagu ayah, makin jadi2 pulak dia nangis..
sbelum solat isya hari tu, teman kasi tau dia, kalo ad masalah,crita la..dia angguk..
lepas isya', mcm biasa, teman kena stay kejap, tunggu adik2 kemas surau..teman p susun Quran dekat rak..tiba2, ad org peluk teman dari belakang..adik yg td rupanya...malu2 dia nk buka crita...blinang air mata, crita pasal ayah dia, seorang pnagih dadah..panas baran..waktu tu trdetik dlm hati teman, ad rupanya mnusia yg diuji teruk mcm tu skali..dia kata kat teman, asrama tempat paling slamat bg dia..kkadang,bila balik rumah, nmpak ayah dia tenga lepas gian...kekadang, ibu dia kna pukul...banyak kali dia tanya pada teman, knapa Allah buat hidup dia lagu tu, pdahal dia xpena buat salah...
honestly, teman xtau nk ckp cemana....
teman pesan kat dia, suruh banyakkan baca surah thoha n solat hajat, moga2 dilembutkn hati ayah dia...
then, dia mngaku kat teman, dia tak pandai mngaji..teman kata, xpa..teman boleh ajar..since dari hari tu, tiap2 mlm lps isya, dia mai blajar quran ngan teman even skejap sbb nk kejar waktu prep..xpernah dia miss solat hajat...
kekadang, dia still rasa down..tapi teman slalu mentioned kat dia, Allah pilih dia untuk diuji, sbb Allah sayang..kan special tu....
bila teman stay kat melaka, one day dia sent mesej..katanya ayah dia waktu tu, ada kat mekah..alhamdulillah, attitude ayah dia makin ok,even xspenuhnya...:-) ..suka teman dengar..dia hampir putus asa dulu, bahkan pernah salahkan Tuhan atas apa yg dah jdi pd diri dia..but, once dia betul2 knl Allah, at last dia faham, knapa Allah pilih dia...
mabrouk dik..first time teman reveal crita ni..moga2 jadik pngajaran...
Sabar itu indah..:-) ..pahit cuma pada namanya..tapi, kemanisannya,subhanallah tak ternilai nikmatnya..

Friday, 18 July 2014

Musibah sebagai Muhasabah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...
Salamun alaikum bima sobartum.

Rasa terpanggil untuk mencoret sedikit bingkisan dek beberapa musibah yang sedang melanda ummat Islam,di bumi Malaysia,khususnya....
Moga bermanfaat untuk para pembaca....Insyaallah...bil hikmah

Ya...jadikan musibah itu sebagai muhasabah dan motivasi kepada diri kita..

Sayang, setiap musibah yang kita sebagai manusia anggap "impossible", sebenarnya sangat "possible" bagiNYA, ALLAH. Pada tanganNYA,terletak segalanya,baik dari segi jodoh, hidup atau mati...
Ingat, kun fayakun...Bila ALLAH kata jadilah, maka tidak akan ada satu tangan pun yang akan dapat menghalangNYA..

Sayang, lihatlah bagaimana ALLAH menguji kita semua sebagai hambaNYA..Bahkan telah disebut dalam ayat Al Quran," Dan Kami pasti akan mengujimu dengan sedikit ketakutan, kelapatan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar" AL BAQARAH:155
Renungkanlah dari kaca mata hati, mengapa ALLAH timpakan kita dengan ujian dan mehnah yang sebegini rupa. Tidak ada satu pun kejadian yang berlaku di alam fatamorgana ini sia-sia melainkan dengan penuh hikmah,iktibar,dan ibrah yang kita dapat kutip darinya. Waima ALLAH menciptakan sekecil-kecil kuman itu pun kerana ada asbab dan fungsinya tersendiri.
"Bagi ALLAH tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi di bumi dan di langit. Dialah yang membentukmu dalam rahim mengikut yang Dia kehendaki." ALI 'IMRAN:5&6

Sayang, mungkin, kita sudah lama dan banyak ketawa dek nikmat kesenangan yang ALLAH berikan. Dan kerana itu, ALLAH rindu ingin melihat kita berdoa,menangis bergantung harap padaNYA.ALLAH sedang memberikan perhatian dan kasih-sayangNYA pada kita. Bukankah ujian itu,tanda ALLAH sayang pada kita? SayangNYA di mana? Ahh..tipu. Andai sayang, kenapa uji kami sebegini rupa? Mengapa kami? Mengapa, ALLAH?

Sayang, kalau di Acheh sana, ALLAH timpakan kiamat kecil untuk mereka. Gempa bumi dan tsunami yang dasyat sebagai peringatan buat mereka yang lagho dan ghoflah padaNYA. Negara kita yang berjiran dengannya,hanya menerima tempias sekecil cuma. ALLAH sedang bagi peringatan untuk kita waktu itu. Lalu, kita beringat, tapi hanya untuk beberapa detik sahaja. Beberapa tahun berlalu, makin ramai yang kian lupa tentang peristiwa Acheh, dan kembali melakukan sesuatu yang melukakanNYA.

Sayang, tidak cukup di Acheh, ALLAH "warning" kita dengan negara bergolak, Palestin. Ummat Islam diburu di tanah sendiri oleh yahudi la'natullah. Kanak-kanak dan wanita adalah mangsa majoriti. Alhamdulillah, ada yang peka dengan mereka. Namun, ramai juga yang masih terkontang-kanting mencari nilai diri. Kekadang hanyut, dibuai arus nikmat di atas tanah yang belum diuji.

Sayang, hari ini sejarah buat kita di bumi Malaysia. Kita sedang diuji olehNYA. Ya, senasib dengan saudara-mara kita di Palestin, Acheh dan Afrika sana yang semuanya sedang diuji, tetapi dengan cara yang berbeza. Anggaplah peristiwa MH17 ini juga, adalah satu peringatan daripada ALLAH. Usah kita lawan kuasa dan takdirNYA. Semua kehendak ALLAH.

Sayang, menangislah andai air mata itu boleh menghapus hiba. Sedangkan Rasulullah sendiri menangisi pemergian si isteri,Siti Khadijah tercinta, puteri dan juga bapa saudara baginda. Tapi, jangan lupakan ALLAH dan jangan sesekali menyalahkan ketentuanNYA.

Sayang, mati itu pasti.Kullu nafsin zaa iqatul maut. Mungkin, ALLAH ingin mereka bertemu denganNYA, dengan cara begitu. Cara kita bertemu denganNYA pula, bagaimana? Kerana itulah datangnya peringatan dalam pelbagai cara,suasana dan keadaan untuk kita lebih bersedia menghadapi hari mati yang tak pasti masanya bila itu.

Sayang, tetapkan dalam hati, "semua ini kehendak ALLAH". Buang jauh-jauh rasa benci padaNYA dek ujian ini. Kerana kita diuji kerana kita mampu membebaninya. ",Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya" AL BAQARAH:286
.Semua ini datang kerana kasih sayang ALLAH.Ayuh kita bersatu hati sesama ummat Islam, mengindahkan lagi tautan hati kita dengan ALLAH, kerana sesungguhnya penyatuan hati itu adalah ibu kepada segala kekuatan mu'min dan mu'minah.

Dengan mehnah ini, dalam bulan Ramadhan serba barakah ini, dalam usaha kita merebut lailatulqadar ini, mari sama-sama, kita duduk dan istighfar akan afal perbuatan kita yang lalu. Mungkin ini kifarah atas dosa yang kita sengaja atau tak sengaja dilakukan, dan moga-moga ALLAH ampunkan dosa kita, dan dosa mereka yang menjadi korban traggedi MH17.
Pengajaran untuk kita sebagai makhluknya yang serba faqir dariNYA YANG MAHA KAMIL.
La haula wala quwwata illa billah.

Innalillaahi wa inna ilaihi raajiuun.
Al Fatihah

"Nescaya Dia mengampuni sebahagian dosa-dosamu dan menangguhkan kamu(memanjangkan umurmu) hingga pada waktu yang ditentukan. Sesunguhnya, ketetapan Allah itu apabila telah datang tidak dapat dilambatkan, sekiranya kamu mengetahui" NUH:4