Powered By Blogger

Friday, 18 July 2014

Musibah sebagai Muhasabah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...
Salamun alaikum bima sobartum.

Rasa terpanggil untuk mencoret sedikit bingkisan dek beberapa musibah yang sedang melanda ummat Islam,di bumi Malaysia,khususnya....
Moga bermanfaat untuk para pembaca....Insyaallah...bil hikmah

Ya...jadikan musibah itu sebagai muhasabah dan motivasi kepada diri kita..

Sayang, setiap musibah yang kita sebagai manusia anggap "impossible", sebenarnya sangat "possible" bagiNYA, ALLAH. Pada tanganNYA,terletak segalanya,baik dari segi jodoh, hidup atau mati...
Ingat, kun fayakun...Bila ALLAH kata jadilah, maka tidak akan ada satu tangan pun yang akan dapat menghalangNYA..

Sayang, lihatlah bagaimana ALLAH menguji kita semua sebagai hambaNYA..Bahkan telah disebut dalam ayat Al Quran," Dan Kami pasti akan mengujimu dengan sedikit ketakutan, kelapatan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar" AL BAQARAH:155
Renungkanlah dari kaca mata hati, mengapa ALLAH timpakan kita dengan ujian dan mehnah yang sebegini rupa. Tidak ada satu pun kejadian yang berlaku di alam fatamorgana ini sia-sia melainkan dengan penuh hikmah,iktibar,dan ibrah yang kita dapat kutip darinya. Waima ALLAH menciptakan sekecil-kecil kuman itu pun kerana ada asbab dan fungsinya tersendiri.
"Bagi ALLAH tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi di bumi dan di langit. Dialah yang membentukmu dalam rahim mengikut yang Dia kehendaki." ALI 'IMRAN:5&6

Sayang, mungkin, kita sudah lama dan banyak ketawa dek nikmat kesenangan yang ALLAH berikan. Dan kerana itu, ALLAH rindu ingin melihat kita berdoa,menangis bergantung harap padaNYA.ALLAH sedang memberikan perhatian dan kasih-sayangNYA pada kita. Bukankah ujian itu,tanda ALLAH sayang pada kita? SayangNYA di mana? Ahh..tipu. Andai sayang, kenapa uji kami sebegini rupa? Mengapa kami? Mengapa, ALLAH?

Sayang, kalau di Acheh sana, ALLAH timpakan kiamat kecil untuk mereka. Gempa bumi dan tsunami yang dasyat sebagai peringatan buat mereka yang lagho dan ghoflah padaNYA. Negara kita yang berjiran dengannya,hanya menerima tempias sekecil cuma. ALLAH sedang bagi peringatan untuk kita waktu itu. Lalu, kita beringat, tapi hanya untuk beberapa detik sahaja. Beberapa tahun berlalu, makin ramai yang kian lupa tentang peristiwa Acheh, dan kembali melakukan sesuatu yang melukakanNYA.

Sayang, tidak cukup di Acheh, ALLAH "warning" kita dengan negara bergolak, Palestin. Ummat Islam diburu di tanah sendiri oleh yahudi la'natullah. Kanak-kanak dan wanita adalah mangsa majoriti. Alhamdulillah, ada yang peka dengan mereka. Namun, ramai juga yang masih terkontang-kanting mencari nilai diri. Kekadang hanyut, dibuai arus nikmat di atas tanah yang belum diuji.

Sayang, hari ini sejarah buat kita di bumi Malaysia. Kita sedang diuji olehNYA. Ya, senasib dengan saudara-mara kita di Palestin, Acheh dan Afrika sana yang semuanya sedang diuji, tetapi dengan cara yang berbeza. Anggaplah peristiwa MH17 ini juga, adalah satu peringatan daripada ALLAH. Usah kita lawan kuasa dan takdirNYA. Semua kehendak ALLAH.

Sayang, menangislah andai air mata itu boleh menghapus hiba. Sedangkan Rasulullah sendiri menangisi pemergian si isteri,Siti Khadijah tercinta, puteri dan juga bapa saudara baginda. Tapi, jangan lupakan ALLAH dan jangan sesekali menyalahkan ketentuanNYA.

Sayang, mati itu pasti.Kullu nafsin zaa iqatul maut. Mungkin, ALLAH ingin mereka bertemu denganNYA, dengan cara begitu. Cara kita bertemu denganNYA pula, bagaimana? Kerana itulah datangnya peringatan dalam pelbagai cara,suasana dan keadaan untuk kita lebih bersedia menghadapi hari mati yang tak pasti masanya bila itu.

Sayang, tetapkan dalam hati, "semua ini kehendak ALLAH". Buang jauh-jauh rasa benci padaNYA dek ujian ini. Kerana kita diuji kerana kita mampu membebaninya. ",Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya" AL BAQARAH:286
.Semua ini datang kerana kasih sayang ALLAH.Ayuh kita bersatu hati sesama ummat Islam, mengindahkan lagi tautan hati kita dengan ALLAH, kerana sesungguhnya penyatuan hati itu adalah ibu kepada segala kekuatan mu'min dan mu'minah.

Dengan mehnah ini, dalam bulan Ramadhan serba barakah ini, dalam usaha kita merebut lailatulqadar ini, mari sama-sama, kita duduk dan istighfar akan afal perbuatan kita yang lalu. Mungkin ini kifarah atas dosa yang kita sengaja atau tak sengaja dilakukan, dan moga-moga ALLAH ampunkan dosa kita, dan dosa mereka yang menjadi korban traggedi MH17.
Pengajaran untuk kita sebagai makhluknya yang serba faqir dariNYA YANG MAHA KAMIL.
La haula wala quwwata illa billah.

Innalillaahi wa inna ilaihi raajiuun.
Al Fatihah

"Nescaya Dia mengampuni sebahagian dosa-dosamu dan menangguhkan kamu(memanjangkan umurmu) hingga pada waktu yang ditentukan. Sesunguhnya, ketetapan Allah itu apabila telah datang tidak dapat dilambatkan, sekiranya kamu mengetahui" NUH:4

No comments: