Powered By Blogger

Friday, 31 May 2013

UJIAN HIDUP



Assalamualaikum..;)….

Bismillahirrahmanirrahim…Banyak tak love saya?..Heee…Yang paling besar tuh, Saya sayang Allah..;)..Second one, Saya Sayang Rasulullah…Third, Saya Sayang Parent Saya.. Lastly, the small one, Saya Sayang Kawan Saya (awak lerr tuh)..;)…even yang paling kecil, saya sayang awak banyak-banyak tau…uhibbuki,uhibbuka,uhibbukum fillah…insyaallah…
Hampir tiga minggu blog nih tak terusik. Tangan ni gatal nak menaip, sebab tuan badan nih masih tak ter”motivate” lagi yang final exam dekat dah duk hambat.Huuu..Insyaallah, ini entry saya yang last, sebelum final. Tiga minggu saya buat apa?..Hurmm, ..
(◕‿◕)((◡‿◡✿)(◕‿◕)(◡‿◡✿)(◕‿◕)(◡‿◡✿)(◕‿◕)(◡‿◡✿)(◕‿◕)(◡‿◡✿)(◕‿◕)(◡‿◡✿)(◕‿◕)

Saya” berprojek” sebenarnya..heee..Dua projek yang due date nya lebih kurang sama,created poster, submit report dan buat presentation, bak kata Gary dalam Running Man,” Stress!!!”..Honestly, memang stress. Dalam 3 minggu nih, saya asyik duk mengeluh, buat kerja dalam keadaan moody, tengok kawan-kawan, macam nak telan je satu-satu..Saya percaya, awak pun akan rasa feeling yang sama. Sebagai student, CARRY MARKS ITU PENTING!!!...ahaaa..Demimu carry marks, dare to do anything. Lecturer suruh terjun Jambatan Cinta UNIMAS untuk dapatkan carry mark pun saya sanggup tau!!..OK, itu hiperbola..Lecturers di UNIMAS semuanya baik-baik dan caring..Alhamdulillah..UNIMAS, proud to be a part of you..;)..

FINAL EXAM…ujian hidup lah tuh…Almost 15 tahun bergelar pelajar, dari masuk tadika sampai lah da masuk universiti, memang tak leh nak lari dari exam. Untung students dua or tiga tahun yang bakal mendatang, dengar kata, kerajaan nak mansuhkan PMR…..Ringan sikit beban awak-awak semua, yeke dopp adik-adik?..Heee..Tapi, yang paling penting, bukan tentang ujian yang kita alami tu, tapi ibrah darinya..Pendek kata, pengajaran..Omputeh panggil moral values.

Ramai orang, termasuk saya (mengaku), bila sahaja Allah jentik sikit hati kita, kita jadi cepat melenting. Contohnya, Allah bagi ujian kat kita dengan hantar lecturer yang super dooper rajin mengajar kuliah kita. Setiap minggu, mesti ada “kuih” baru dia bagi. Tak sempat nak siap makan hak yang terdahulu, dia da bagi yang baru. Apa perasaan lah?Bukan satu subjek yang kita ambil.Paling kurang empat subjek. Tangan ada dua, mata pun ada dua, otak pulak satu jepp, “Mana dan woii! Ingat den nih robot ka?”..Aiwah, kita bukan robot. Tapi, sedar tak kita yang kita nih, Allah dah ciptakan sebaik-baik kejadian? Allah jentik hati kita sekali jer, ( cer jentik tangan deme, rasa sakit ka dak?), tak sakit pun aih..Merah kejap, tak sampai seminit dah hilang, tak kena masuk ICU pun lagi , tapi apa kita balas balik.?

“Allah tak adil”

“Aku da penat hidup, mati lagi baik”

“Kenapa orang lain tak kena pun? Asyik aku je?”

“Hidup ni, menyusahkan!”

Naudzubillah..Minta jauh dari fikiran kita untuk menyeru mulut kita berkata-kata sedemikian. Setiap apa yang Allah bagi pada kita, suka atau tak, terlebih suka ke, tersangat benci ke, itu adalah sebuah ketetapan. Ketetapan yang Allah bagi pada kita, yang akan membawa kita pada masa hadapan. Kenapa memilih untuk berkeluh kesah, kalau kita dah tahu, ujian yang Allah bagi itu, jauh lebih kecil daripada apa yang Rasulullah pernah rasa dahulu? Tak payah fikir Rasulullah, senang cerita, bandingkan diri kita dengan saudara mara, adik-adik kita di Palestin sana. Renung, flashback and backtrash balik apa yang kita ada hari ini, tak cukup lagi ke dengan nikmat-nikmat yang Allah bagi free tu, sampaikan bila Allah uji kita sedikit sahaja, lalu mulut kita senang berkata “Allah itu tidak adil?”

Bila result exam dah keluar, then kita dapat result teruk ini pula yang kita ungkitkan. “ Aku dah buat yang paling terbaik, benda apa aku tak makan? Pistachio?kismis?kurma? Semua aku telan. Habis fakta satu buku aku hafal. Tak cukup hafal, hari-hari aku buat exercises.Kenapa Allah tak bagi apa yang aku nak? Kenapa!?”

Kenapa Allah tak bagi apa yang kita nak.? Scan dan check balik diri kita, layakkah kita kata, yang kita nih beriman, sedangkan diri kita nih belum cukup teruji lagi?. Ayat nih, bukan saya reka sendiri. Memang ada dalam Al-Quran. Bila sebut ada dalam Al-Quran, maknanya tak dak orang lain dah hak cakap, melainkan Allah. Allah cakap lagu tuh. Allah tanya diri kita, layak ke kita kata kita nih beriman, walau belum cukup teruji lagi? Allahuakbar. Jawapannya, ada pada diri kita sendiri. Mungkin kita da cukup dengan usaha, tapi, penggantungan kita pada Allah, ZERO
Bak kata kita nak tanam pokok tembikai, tapi tak letak baja. Paling sadis, air pun kita tak siram. Hidup ka pokok tembikai tuh?. Mungkin ia akan hidup, tapi hasilnya, bakal ada tak buah tembikai yang memang manis dan sedap tuh?. Paling lama pun, pokok tuh tumbuh dan bertahan seminggu je.

“Solat hajat aku dah buat. Tiap-tiap malam aku berdoa minta Allah bagi 4 flat”. 4 flat je yang kita minta? Itu ke yang dipanggil pergantungan pada Allah? Yea, kita meminta pada Allah. Tapi, belum cukup. Kita minta padaNya, kesenangan duniawi. Kita lupa nak minta kesenangan ukhrawi. Sebab itu, kadang-kadang kita rasa tak puas hati dengan apa yang kita lalui sehari-hari. Even kita dah dapat 4 flat, pung pang pung pang orang duk puji yang kita nih terror, tapi, ketenangan tuh kita tak rasa…Gelisah tetap ada. Rasa macam something tak cukup, tapi tak tahu part mana. Masa nih la kita kena recheck balik diri kita..Sebab apa kita mohon kecemerlangan dalam pelajaran? Sebab manusia?Sebab masa depan?Sebab Allah?Sebab Islam?..Atau mungkin untuk riak atau ujub? Ke saja-saja nak dapat 4 flat?

Allah tak kan uji seseorang itu, melainkan sesuai dengan kesanggupannya” Al Baqarah, 286. Sweet kan Allah nih? Dia uji kita takat yang kita mampu je. Waktu kita fail add math time form 5 dulu, ada kita p bunuh diri? Mana ada, paling tak pun, menangis je.. Berjurai air mata, tengok markah add math kena highlight ngan ink merah, esok ok lah.( Saya lah tuh). Itu tandanya, kita mampu..Kan?..Saya ingatkan diri saya sendiri, dan awak juga yang manusia yang paling banyak ketawa ketika dia di dunia, adalah manusia yang paling banyak menangis di akhirat nanti.

Ujian itu nikmat. Nikmat bagi orang yang bersabar. Allah mentioned dalam Al Quran. Apa Allah kata?
1)”Wahai orang-orang yang beriman!Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan solat dan sabra. Sungguh, Allah berserta orang yang sabar” Al Baqarah:153
Selang beberapa ayat, Al Baqarah:155.
2) “Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan ketakutan kelaparan,kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.”
Lalu disambung lagi pada ayat yang seterusnya
3) “Yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “innalillahi wa inna ilaihi raji’un”(sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali” Al Baqarah:156

See? Kenapa kita tangisi kaki kita yang tidak berkasut, sedangkan ramai lagi di luar sana yang tidak berkaki? Jadilah manusia yang sentiasa bersyukur seperti sifat seorang sahabat Rasulullah ini.
Dia selalu hadir lambat ke ceramah Baginda. Tapi, setiap kali dia datang lambat, Rasulullah akan berkata” Orang yang datang lambat ini, adalah ahli syurga.” Ramai yang berasa hairan. Lalu, setelah diperiksa dan ditanya kepadanya, jawapannya cukup mudah..”Bila aku melihat orang lain mendapat kesenangan, aku juga turut berasa tenang. Bila aku melihat orang lain mendapat kesusahan, aku turut menangis. Allahuakbar.

Ada lagi ke sifat macam ni pada manusia pada hari ni? Insyaallah, ada,..Awak lah..;)..BTW, the end of this entry, salam imtihan buat awak yang tengah baca entry nih. Saat kita mengejar kecemerlangan dunia, jangan lupa pada Yang Satu. Dia Maha Mengetahui. Andaikata,kita tak dapat apa yang kita nak. Jangan sesekali salahkan takdir, sebab, selepas hujan, kadang-kadang pelangi akan muncul. Walau ia tak muncul pada hujan kali ini, insyaallah, kita tunggu lagi. Pasti ada!!!!!Gambate awak…Assalamualaikum