ஜ▬ஜ۩۞۩▬ஜஜ۩۞۩ஜ▬ஜ۩۞۩▬ஜ۩۞۩ஜ▬ஜ۩۞۩▬ஜ۩۞۩ஜ▬ஜ۩۞۩▬ஜஜ۩۞۩ஜ
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM….
ASSALAMUALAIKUM..;)
Awak sihat? Soalan sama lagi…..hurmmm….tak nak tanya ke, da
makan ke belum?, Hari nih pakai baju apa?, Hari nih tak keluar pergi jalan
ke??......Tak apa lah awak,..Yang tu, saya past pada orang yang lagi layak lah
untuk tanye yea…;)…..
Untuk entry kali nih, hati terpanggil-panggil untuk
berbicara soal AURAT…Apa itu aurat?.Ramai yang bila ditanya tentang aurat, dia
tahu, tapi bila disentuh tentang praktikal,àFAIL!!,
sebab,mereka tak faham,ADA APA DENGAN AURAT..
Menurut Pak cik Wiki sdn bhd, aurat adalah:Perkataan dalam
lughoh Arab yang membawa maksud bahagian anggota badan,tak kira lah lelaki atau
perempuan,yang WAJIB DITUTUP||HARAM DIDEDAHKAN kepada sesiapa sahaja yang
bergelar bukan mahram kepadanya. Saja saya tekankan Pak Cik Wiki kat sini.Kalau
awak search kat mana-mana pun, definisi aurat nih tetap sama, cuma mungkin cara
penyampaian dan penulisannya sahaja yang
berbeza…
Syaitan nih pelik kan? Dia ajaq kita: bila kita tengok
sesuatu yang memang sah-sah Islam tak suka, yang boleh buat Allah murka, yang
tu lah kita rasa nak buat…Lepas tu, kita yang berakal ni, terima apa yang dia ajar(hasut)
tu, bulat-bulat..Haaa, yang ni namanya NAFSU….Saya tak nak cerita pasal nafsu lagi, insyaallah,
kalau umur nih masih bersisa, untuk next or next kepada next entry nih, saya
akan cuba untuk tulis pasal nafsu…huuuuu, macam cerita Pada Zaman Dahulu lah
pulak…
Bila sebut pasal aurat---------->PEREMPUAN? Bakpe, oghe laki
nih takdop aurat ko eh?..Ada lah awak..;)..Cuma, aurat diorang just dari pusat
sehingga ke lutut sahaja..Simple, tapi tuh pun kekadang, diorang tak mampu nak
ikut. Nak jugak pakai short bila main bola kat padang…Nak jugak pakai baju
fit,kekononnya nak tunjuk muscles yang tak berapa nak ada tuh..kan?..Awak
terasa ke?..Tahniah…..;)..Yang simple pun tak boleh nak follow, inikan aurat
wanita, yang certain orang cakap:’’ complicated nye jadi orang perempuan nih.
Sini nak kena jaga, situ nak kena tutup..’’…So, if awak jumpa orang perempuan
kat luar sana yang tak tutup aurat, awak jangan la kutuk dia na. Tak pasal awak
dapat saham dosa free. Awak doa la kat dia, semoga dipercepatkan hidayah untuk
kembali patuh pada syariat…Kekadang, yang kita kutuk tu satu doa kan?
Wahai awak, si future bidadari yang cantik lagi anggun
jelita, tutup aurat nih wajib..Saya tahu, awak suka fesyen.Bukan awak je la,
saya pun suka. Saya pun, suka shawl jugak, suka pakai skirt, blouse..Tapi apa
kata, mulai hari nih, kita still berfesyen lagi, tapi secara
bersyariat?..Boleh?..Haa, mesti tengah garu kepala kan? Yelah, da nama pun
fesyen. Mesti la kena pakai bling2, tudung belit-belit, belah belakang depan,
perhiasan kena banyak!.. Siapa kata?? Ang tok sah duk ikut sangat la omputih
tuh, ang nih orang Melayu Islam.!Kita ada cara kita sendiri untuk describe fesyen
nih caner.
Setelah dirujuk dengan Ustaz Google, kata Syeikh Muhammad
Nashiruddin Al-Albani dalam kitabnya, ada LAPAN SYARAT UNTUK TUTUP AURAT..;)
· *
Menutup seluruh tubuh, kecuali muka dan telapak
tangan.;)
· *
Bukan untuk tabarruj (bersolek), yang boleh
menyebabkan pandangan mata tertuju
kepadanya..;)
· *
Bahannya diperbuat daripada kain yang tebal dan
tidak nipis…;)
· *
Kainnya longgar, tidak ketat dan tidak membentuk
lekuk tubuh..;)
·
*Tidak memakai wangian; Rasulullah s.a.w
bersabda:’’ Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian dan kemudian berjalan
di hadapan orang ramai dan mereka menghidu baunya, maka dia adalah penzina’..;)
· *
Tidak menyerupai pakaian lelaki…;)
· *
Tidak menyerupai
pakaian orang-orang kafir..;)
· *
Bukan memakainya untuk mencari popularity;
Rasulullah s.a.w bersabda:’’ Barang siapa mengenakan pakaian untuk mencari
popularity di dunia, nescaya Allah akan memakainya dengan pakaian kehinaan pada
hari kiamat, kemudian membakarnya dengan api neraka.”…;)..
Ehemmm, cuba scan apa yang berlaku di
sekeliling kita hari nih..Semua yang 8 tuh ada, tapi sangat rare..Boleh tengok
kat mall, contoh yang paling senang, sebab tempat tu selalu menjadi tumpuan.Nisbah
yang pakai baju kurung?..Itu belum kita cuba kira yang pakai jubah..Sangat
sikit..Allah..Allah..Allah..Hari ni, da jadi satu fenomena,, para wanita rasa
sangat bangga, bila diorang pergi mana-mana dan jadi tumpuan pandangan orang
lain.
Macam jam tangan kat pasar malam. Seorang
pelanggan datang-->belek-belek-->try
pakai-->rasa
tak sesuai-->letak
balik, kekadang tak letak kat tempat asal pun, just letak kat mana tempat yang
dia rasa nakàdatang
lagi pelanggan lain-->
perkara sama berulang-->sampai
jam tuh habis bateri-->at
last, kena jual ngan harga murah, tak pun bagi free pada sesiapa yang nak..
Tak macam jam tangan kat kedai eksklusif,
contohnya Gucci..Elok je owner kedai simpan dia dalam bekas cermin--> Kalau ada habuk, lap-->Kalau ada orang
berkenan nak tengok, dibawa keluar-->rasa
tak nak beli, letak balik dalam bekas-->jaga
dan jaga, sampai ada pembeli-->dari
hari pertama jam tu sampai di kedai sehinggalah ada pembeli, kualitinya tak
berubah..;), dan biasanya kuantitinya sangat limited. Mungkin hanya 1 dalam
sejuta yang boleh ada jam Gucci, talinya diperbuat daripada permata halus
bersinar,bingkai cermin bersalut emas,contonye lah kan..
Awak faham kan, analogy saya tuh? Cukup
senang..Dalam Surah Al-Ahzab, ayat 59 cakap apa, sayang?
‘’Wahai Nabi, suruhlah
isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman,
supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya
(semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal
(sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan
(ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani’’
See? Kewajiban tutup
aurat nih bukan saja-saja kita reka.Memang dalam Quran ada kata..Quran tuh
kalam ALLAH,..Jadi, Allah yang wajibkan kita suruh tutup aurat. Bila Allah yang
suruh, kita buat dapat pahala..;)..Tak buat???Pandai-pandai lah jawab….berdosa
sayang..BERDOSA KALAU KITA TAK TUTUP AURAT..awak nak ke masuk neraka sebab tak
tutup aurat???????
SIAPA YANG WAJIB TUTUP
AURAT? Meh kita tengok hadith nih.
Aisyah meriwayatkan, bahawa saudaranya iaitu
Asma' binti Abu Bakar pernah masuk di rumah Rasulullah S.A.W dengan berpakaian
jarang sehingga nampak kulitnya. Kemudian beliau berpaling dan mengatakan:
"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah datang waktu haid,
tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini - sambil ia
menunjuk muka dan dua tapak tangannya."
Awak umur berapa sayang? Lapan tahun lagi
ke? Seronoknya saya, ada budak kecik duk tengah baca entry saya nih. Saya
percaya, awak dah mummayyiz. Awak dah boleh kenal yang mana baik dan buruk,
yang mana dosa dan pahala. Malu lah sikit dengan budak umur 5 tahun. Elok je
dia pergi tadika pepagi, pakai tudung..Dalam tadika tuh ada siapa? Umur lebih
kurang sebaya macam dia jugak..;)..Kalau dia tak pakai tudung pun, saham dosa
tuh dia tak dapat lagi…Awak nak pergi mana sayang? Kuliah kan.. Dari blok,
sampai la tempat kuliah awak tuh, berapa ramai lelaki ajnabi yang awak jumpa?
Tipu kalau awak cakap, tak da..Even sorang pun awak jumpa, awak kena ingat satu
helai rambut yang awak bagi free2 kat lelaki ajnabi tengok, itu bersamaan dengan
70 tahun di neraka( 1 tahun kat akhirat=1000 tahun di dunia)…nak ke?Mesti lah
tak nak kan..Belum campur lagi ngan cara awak jalan, baju pulak macam sarung
nangka, seluar?macam tak pakai seluar…Itu semua dikira tau, awak..Tak takut
ke??
PADA SIAPA KITA NAK TUTUP AURAT? Buka Quran
kejap sayang, Surah An-Nur ayat 31. Ambil stick note, lekat kat situ,tulis
besar-besar-->AURAT..
"Dan
katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan
mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir
daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung
kepala mereka (terjemahan langsung adalah: 'dan hendaklah mereka menutup dada mereka
dengan penutup'); dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
melainkan kepada
- suami mereka atau
- bapa mereka atau
- bapa mertua mereka atau
- anak-anak mereka, atau
- anak-anak tiri mereka atau
- saudara-saudara mereka atau
- anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau
- anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
- perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau
- orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
- kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan
dan
janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang
tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,
wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
Alhamdulillah..Allah
wajibkan kita tutup aurat.Dia bagi panduan sekali.Inilah yang dikatakan Islam
nih satu agama yang simple..;) kan..?
Saya
tahu, awak cantik, cun, gojez..Kulit putih, mata besar, bibir merah macam
delima, rambut ikal,apa lagi?..urm, bulu mata lentik,hidung mancung, anak mata
hazel, betis xda sticker, lengan gebu, jari runcing..bla bla bla…àtak payah nak show off sangat lah,…Kejap lagi, bila
kita dah ada zaujj, kita akan tahu apa perasaan dia, bila hak yang sepatutnya
jadi milik dia, sebenarnya dah jadi rezeki orang lain dulu. Dia tak kan tunjuk
perasaan kecewa tuh kat kita, tapi perasaan kecewa tuh tetap ada…Kan? Kata nak
jadi isteri sholehah..So, nak kena mula bila?....Jawab lah sendiri…
![]() |
see, siapa kata orang pakai shawl tak boleh tutup aurat? |
**Bila
kita sedar kat mana tempat kita duduk sekarang ni, iaitu just ibarat atas
segulung tikar yang dihampar tepi pantai di musim tengkujuh, hanya menunggu
angin kencang yang datang, dan dalam sekelip mata, tikar itu akan berterbangan
bersama pepasir dan kerang-kerangan..Insyaallah, perasan untuk tajdid diri kita
tuh akan ada, dan biiznillah ia akan berlaku dengan smooth sebab Allah da cakap
dalam Surah Al- Baqarah, ayat 185:’’ Allah mengkehendaki kesenangan bagimu,
bukan kesukaran bagimu’’..;)..BTW, bila ada tercetus sedikit dalam hati kita
niat untuk kearah kebaikan hari ini, esok tak semestinya kita akan terus
transform diri kita 360 degree. Kita mula dari bawah yea awak..Nak naik rumah
flat tingkat 4, kita langkah tangga satu-satu kan? Ada langkah sekali, jeng
jeng jeng, da sampai kat tingkat empat..?Panjang mana kaki deme?huuuu..Dengan
kata lain, kita ikut kemampuan..;)
Macam
rama-rama..Manusia mana lah tak suka tengok rama-rama kan.?Tapi, sedar tak
kita, sebelum rama-rama tuh jadi cantik dan bila manusia tengok mereka akan
kata:’’ wahh, cantiknya!!”, ia dulu hanya seekor ulat yang bila manusia
pandang, manusia akan kata:’’Eeee, gelinya!!”……
Alhamdulillah,
Allah bagi peluang lagi, I am back after masak cincai-cincai..huhu…Entry nih da
masuk page yang ke empat..Tapi, tangan nih still gatal lagi nak menaip. Pendek
kata, bila kita cakap pasal aurat, itu bukan satu topic yang ringkas. Kalau
kita ada dalam halaqah ilmu, dan ustaz hari itu cakap macam nih;”Hari ni, dalam
masa dua jam yang diberikan ini, saya nak bincangkan segala hal yang berkaitan
dengan aurat dan musykilah tentangnya’’, tak kan ada istilah ‘’dua jam’’ tuh,
malah ia akan mula meleret-leret, sehinggakan MC terpaksa bagi love letter;’’
Ustaz, ana asif, kita kesuntukan masa’’,..Ilmu pasal aurat tak cukup lagi nih,
tapi ustaz da kena stop,caner awak?..Haaa, inilah pentingnya kita kena selalu
dekat ngan orang yang berilmu, contohnya, selalu pergi ke majlis
ilmu…kan?..perli diri sendiri sebenarnya…;)
Orang
kata, kalau kita belajar Fizik, if kita da faham konsep, Insyaallah exam kejap
lagi, kita dapar result A+..Sama juga lah dengan aurat…Kalau kita faham,
Insyaallah hati ni rasa ringan je nak praktikkan.Jangan hanya sekadar tahu,
tapi tak cuba untuk selaminya, dan akhirnya kita tak faham,. Contohnya, macam
kita nampak satu iklan-->PERTANDINGAN SUDOKU, PEMENANG
BERPELUANG KE PARIS, contoh nye la kan. Kita tahu Sudoku tuh apa, kita kenal
Paris, tempat awesome, tapi, kita tak cuba nak faham. Just lalu, baca, buat
muka seposen and bagi orang lain grab peluang yang ada tuh. Padahal, kita
sangat arif, pasal Sudoku and sangat nak ke Paris tuh. Contohnya, kalau kita
faham. First impression, bila nampak iklan tu;’’ Walawei, Paris doe..Sudoku?senang
je tuh..’’. Kita cuba cari info pasal pertandingan tu-->masuk-->menang-->dapat pergi Paris!...Yeay..Alhamdulillah..
Aurat?
Kita da tahu cara nak jaga, part mana nak kena tutup, siapa tak boleh tengok,
kan? Sekarang, just tunggu masa untuk kita praktikkan. Cukup mudah.
Meh kita
korek lagi pasal aurat.Rasulullah s.a.w bersabda:
“Ada dua golongan ahli
neraka yang belum pernah aku (Nabi Muhammad SAW) melihatnya, iaitu; kaum lelaki
memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain,
dan wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka (sebenarnya) bertelanjang
(pakaian tiada menutup aurat kepala dan badan sebagaimana yang diperintahkan
oleh agama), yang berjalan melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti
bonggol unta yang condong. Mereka tidak boleh masuk syurga, bahkan tidak boleh
menghidu baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak
sekian, sekian (yang cukup jauh).”
(Hadits riwayat Muslim)
Allahurabbuna..Tak
boleh masuk syurga, sayang! Bukan setakat tak boleh, bau syurga pun kita tak
dapat hidu! Satu lagi, saya selalu jumpa kat FB, statement nih;” Seorang anak
perempuan, selangkah dia keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna,
selangkah jugalah dia akan mengheret bapanya ke neraka". ”Astaghfirullah.
Sanggup kita aniya ayah kandung kita sendiri. Insan yang dah banyak berkorban
untuk kita tu, kita heret dia masuk neraka, sebab khilaf kita sendiri.. Tak
kesian ke kat ayah? Dari kita kecil, dia bagi apa yang kita nak, balik lewat
malam semata-mata untuk bagi nafkah kat kita, at last, kita balas dia macam
tu..Bila ditanya, sayang tak ayah?, kita jawab;”sayang”.. Buktikan sayang kita
tu.Buktikan, ataupun kita lebih sayangkan seluar dan baju ketat kita tu, dari
kasih seorang ayah…!
“Wahai
orang yang beriman peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada seksa api
neraka”.
(Surah
al-Tahrim:6)
Awak
jangan ingat, saya yang suka bebel nih, lahir-lahir, saya da ada kesedaran
untuk tutup aurat. Saya mula bertudung penuh, waktu standard 6.Darjah enam,
awak!. Allah, malunya saya ngan budak-budak tadika sekarang. Diorang da
bertudung since umur 5 tahun. Jangan ingat, bila saya da mula bertudung, saya
terus pakai tudung labuh, tak pakai seluar dan baju ketat. Saya pun macam awak
juga. Suatu ketika dulu, sayalah orang
yang paling fanatic ngan baju lengan pendek. Pakai tudung selempang,
seluar ketat, solat compang camping, baca Quran macam radio buruk,kejap ada
signal,kejap tak. Umur saya hampir 20 tahun, baru saya faham betul-betul ngan
apa yang dikatakan dengan aurat. Nak katanya kat sini, if awak sekarang
umur 30 tahun pun, dan awak still lagi
tak tutup aurat,mula lah hari nih.Bila lah lagi? INI KALI LAH!..SAMA-SAMA KITA BERUBAH..;)..Sebab, bila kita nak mati, malaikat maut
datang, dia tak bagi hint. Bila mati tu dah dekat ngan kita, tak kan ada delay
or postpone lagi, nak U-turn macam selalu kita buat kat jalan raya tuh pun, da
tak boleh. Wallahu’alam.
Sayidina Ali Karamallahuwajhah
berkata:“Aku dengan Fatimah pergi
menghadap Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Kami dapati Baginda sedang
menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda
menangis, ya Rasulullah?”
Baginda Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam menjawab:“Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku
menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.”
Saidina Ali Karamallahuwajhah
bertanya:“Apakah yang ayahanda lihat
di sana?”
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam menjawab:“Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak
kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat
ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).
“Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. “Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.
“Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. “Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.
“Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti
babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku
lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke
kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong
api neraka.”
Fatimah
pun bertanya kepada ayahandanya:“Ayahanda
yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan
oleh perempuan itu?”
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam menjawab:“Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu
adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan
tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan
menyakiti hati suaminya.Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak
orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu
ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.Perempuan tidak
mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya
sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat
orang.Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana
ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya
kecantikannya dilihat lelaki lain.Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya
ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh
sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya
seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti
anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.
Seterusnya Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:Perempuan menyakit hati
suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang
70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya.”
Abu Bakar
as-Sidiq mengatakan, aku dengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda
yang bermaksud:“Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati
suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah.”
Usamah bin Zaid menceritakan,
bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:“Aku
berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan
miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain
daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri
di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah
perempuan.”
Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:“Aku lihat api neraka, tidak pernah aku
melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya
aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.”
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam ditanya, “Mengapa ya
Rasulullah?”
Baginda Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam menjawab:“Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya,
Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati
dan cukup.”
(Hadis riwayat Bukhari)
Saya hidangkan cerita ketika Rasulullah
mengalami peristiwa isra’ mi’raj. Semoga mendapat manfaat. Betapa Islam sangat
menghargai kita, insan yang bergelar WANITA.Tapi, ramai diantara kita tak sedar
akan itu, sebab tu, kita jadi liat untuk ikut suruhanNYA, yang nyata untuk
kebaikan diri kita sendiri.Semoga kita dapat capai title Mir’atus Sholehah,
yang diidamkan oleh para wanita.TUTUPLAH AURAT.TUTUPLAH AURAT.TUTUPLAH AURAT.
Bukan sebab saya yang suruh, tapi ALLAH.
Duhai sahabat yang dikasihi kerana Allah, bila kita tutup aurat, Insyaallah, maruah dan aib kita akan terjaga...
Maruah kita bukan macam pasir kat tepi pantai tu..Sesiapa sahaja boleh pegang, sentuh dan baling kesana-sini..Tak perlu mintak izin punn..Even orang gila punn, dapat sentuh pasir tuh,takkan ada orang yang marah..
Tapi, maruah kita macam permata yang jauuhhh di dasar lautan tuh..Sangat rare..Susah nak dapat. Bila da dapat, orang akan protect betul-betul......Pilihlah...antara pepasir dan permata...;)
ASSALAMUALAIKUM.....
I.H.AMMA
Duhai sahabat yang dikasihi kerana Allah, bila kita tutup aurat, Insyaallah, maruah dan aib kita akan terjaga...
Maruah kita bukan macam pasir kat tepi pantai tu..Sesiapa sahaja boleh pegang, sentuh dan baling kesana-sini..Tak perlu mintak izin punn..Even orang gila punn, dapat sentuh pasir tuh,takkan ada orang yang marah..
Tapi, maruah kita macam permata yang jauuhhh di dasar lautan tuh..Sangat rare..Susah nak dapat. Bila da dapat, orang akan protect betul-betul......Pilihlah...antara pepasir dan permata...;)
ASSALAMUALAIKUM.....
I.H.AMMA
No comments:
Post a Comment