❤Assalamualaikum..;)….❤❤❤
Bismillahirrahmanirrahim…Banyak tak love
saya?..Heee…Yang paling besar tuh, Saya sayang
Allah..;)..Second one, Saya Sayang Rasulullah…Third, Saya Sayang Parent Saya.. Lastly, the small one,
Saya Sayang Kawan Saya (awak lerr tuh)..;)…even
yang paling kecil, saya sayang awak banyak-banyak
tau…uhibbuki,uhibbuka,uhibbukum fillah…insyaallah…
Hampir tiga minggu blog nih tak terusik.
Tangan ni gatal nak menaip, sebab tuan badan nih masih tak ter”motivate” lagi
yang final exam dekat dah duk hambat.Huuu..Insyaallah, ini entry saya yang
last, sebelum final. Tiga minggu saya buat apa?..Hurmm, ..
(◕‿◕)☑((◡‿◡✿)(◕‿◕)☑(◡‿◡✿)(◕‿◕)☑(◡‿◡✿)(◕‿◕)☑(◡‿◡✿)(◕‿◕)☑(◡‿◡✿)(◕‿◕)☑(◡‿◡✿)(◕‿◕)☑
Saya” berprojek” sebenarnya..heee..Dua projek yang
due date nya lebih kurang sama,created poster, submit report dan buat
presentation, bak kata Gary dalam Running Man,” Stress!!!”..Honestly, memang
stress. Dalam 3 minggu nih, saya asyik duk mengeluh, buat kerja dalam keadaan
moody, tengok kawan-kawan, macam nak telan je satu-satu..Saya percaya, awak pun
akan rasa feeling yang sama. Sebagai student, CARRY MARKS ITU
PENTING!!!...ahaaa..Demimu carry marks, dare to do anything. Lecturer suruh
terjun Jambatan Cinta UNIMAS untuk dapatkan carry mark pun saya sanggup tau!!..OK,
itu hiperbola..Lecturers di UNIMAS semuanya baik-baik dan
caring..Alhamdulillah..UNIMAS, proud to be a part of you..;)..
FINAL EXAM…ujian hidup lah tuh…Almost 15 tahun
bergelar pelajar, dari masuk tadika sampai lah da masuk universiti, memang tak
leh nak lari dari exam. Untung students dua or tiga tahun yang bakal mendatang,
dengar kata, kerajaan nak mansuhkan PMR…..Ringan sikit beban awak-awak semua,
yeke dopp adik-adik?..Heee..Tapi, yang paling penting, bukan tentang ujian yang
kita alami tu, tapi ibrah darinya..Pendek kata, pengajaran..Omputeh panggil
moral values.
Ramai orang, termasuk saya (mengaku), bila sahaja
Allah jentik sikit hati kita, kita jadi cepat melenting. Contohnya, Allah bagi
ujian kat kita dengan hantar lecturer yang super dooper rajin mengajar kuliah
kita. Setiap minggu, mesti ada “kuih” baru dia bagi. Tak sempat nak siap makan
hak yang terdahulu, dia da bagi yang baru. Apa perasaan lah?Bukan satu subjek
yang kita ambil.Paling kurang empat subjek. Tangan ada dua, mata pun ada dua,
otak pulak satu jepp, “Mana dan woii! Ingat den nih robot ka?”..Aiwah, kita
bukan robot. Tapi, sedar tak kita yang kita nih, Allah dah ciptakan sebaik-baik
kejadian? Allah jentik hati kita sekali jer, ( cer jentik tangan deme, rasa
sakit ka dak?), tak sakit pun aih..Merah kejap, tak sampai seminit dah hilang,
tak kena masuk ICU pun lagi , tapi apa kita balas balik.?
“Allah tak adil”
“Aku da penat hidup, mati lagi baik”
“Kenapa orang lain tak kena pun? Asyik aku je?”
“Hidup ni, menyusahkan!”
Naudzubillah..Minta jauh dari fikiran kita untuk
menyeru mulut kita berkata-kata sedemikian. Setiap apa yang Allah bagi pada
kita, suka atau tak, terlebih suka ke, tersangat benci ke, itu adalah sebuah
ketetapan. Ketetapan yang Allah bagi pada kita, yang akan membawa kita pada
masa hadapan. Kenapa memilih untuk berkeluh kesah, kalau kita dah tahu, ujian
yang Allah bagi itu, jauh lebih kecil daripada apa yang Rasulullah pernah rasa
dahulu? Tak payah fikir Rasulullah, senang cerita, bandingkan diri kita dengan saudara
mara, adik-adik kita di Palestin sana. Renung, flashback and backtrash balik
apa yang kita ada hari ini, tak cukup lagi ke dengan nikmat-nikmat yang Allah
bagi free tu, sampaikan bila Allah uji kita sedikit sahaja, lalu mulut kita
senang berkata “Allah itu tidak adil?”
Bila result exam dah keluar, then kita dapat result
teruk ini pula yang kita ungkitkan. “ Aku dah buat yang paling terbaik, benda
apa aku tak makan? Pistachio?kismis?kurma? Semua aku telan. Habis fakta satu
buku aku hafal. Tak cukup hafal, hari-hari aku buat exercises.Kenapa Allah tak
bagi apa yang aku nak? Kenapa!?”
Kenapa Allah tak bagi apa yang kita nak.? Scan dan
check balik diri kita, layakkah kita kata, yang kita nih beriman, sedangkan
diri kita nih belum cukup teruji lagi?. Ayat nih, bukan saya reka sendiri.
Memang ada dalam Al-Quran. Bila sebut ada dalam Al-Quran, maknanya tak dak orang
lain dah hak cakap, melainkan Allah. Allah cakap lagu tuh. Allah tanya diri
kita, layak ke kita kata kita nih beriman, walau belum cukup teruji lagi?
Allahuakbar. Jawapannya, ada pada diri kita sendiri. Mungkin kita da cukup
dengan usaha, tapi, penggantungan kita pada Allah, ZERO.
Bak kata kita nak
tanam pokok tembikai, tapi tak letak baja. Paling sadis, air pun kita tak
siram. Hidup ka pokok tembikai tuh?. Mungkin ia akan hidup, tapi hasilnya,
bakal ada tak buah tembikai yang memang manis dan sedap tuh?. Paling lama pun,
pokok tuh tumbuh dan bertahan seminggu je.
“Solat hajat aku dah buat. Tiap-tiap malam aku
berdoa minta Allah bagi 4 flat”. 4 flat je yang kita minta? Itu ke yang
dipanggil pergantungan pada Allah? Yea, kita meminta pada Allah. Tapi, belum
cukup. Kita minta padaNya, kesenangan duniawi. Kita lupa nak minta kesenangan
ukhrawi. Sebab itu, kadang-kadang kita rasa tak puas hati dengan apa yang kita
lalui sehari-hari. Even kita dah dapat 4 flat, pung pang pung pang orang duk
puji yang kita nih terror, tapi, ketenangan tuh kita tak rasa…Gelisah tetap
ada. Rasa macam something tak cukup, tapi tak tahu part mana. Masa nih la kita
kena recheck balik diri kita..Sebab apa kita mohon kecemerlangan dalam
pelajaran? Sebab manusia?Sebab masa depan?Sebab Allah?Sebab Islam?..Atau
mungkin untuk riak atau ujub? Ke saja-saja nak dapat 4 flat?
“Allah tak kan uji seseorang itu, melainkan sesuai
dengan kesanggupannya” Al Baqarah, 286. Sweet kan Allah nih? Dia uji kita takat
yang kita mampu je. Waktu kita fail add math time form 5 dulu, ada kita p bunuh
diri? Mana ada, paling tak pun, menangis je.. Berjurai air mata, tengok markah
add math kena highlight ngan ink merah, esok ok lah.( Saya lah tuh). Itu
tandanya, kita mampu..Kan?..Saya ingatkan diri saya sendiri, dan awak juga yang
manusia yang paling banyak ketawa ketika dia di dunia, adalah manusia yang
paling banyak menangis di akhirat nanti.
Ujian itu nikmat. Nikmat bagi orang yang bersabar.
Allah mentioned dalam Al Quran. Apa Allah kata?
1)”Wahai orang-orang yang beriman!Mohonlah
pertolongan kepada Allah dengan solat dan sabra. Sungguh, Allah berserta orang
yang sabar” Al Baqarah:153
Selang beberapa ayat, Al Baqarah:155.
2) “Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan
ketakutan kelaparan,kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.Dan sampaikanlah berita
gembira kepada orang-orang yang sabar.”
Lalu disambung lagi pada ayat yang seterusnya
3) “Yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah,
mereka berkata “innalillahi wa inna ilaihi raji’un”(sesungguhnya kami milik
Allah dan kepadaNyalah kami kembali” Al Baqarah:156
See? Kenapa kita tangisi kaki kita yang tidak
berkasut, sedangkan ramai lagi di luar sana yang tidak berkaki? Jadilah manusia
yang sentiasa bersyukur seperti sifat seorang sahabat Rasulullah ini.
Dia selalu hadir lambat ke ceramah Baginda. Tapi,
setiap kali dia datang lambat, Rasulullah akan berkata” Orang yang datang lambat
ini, adalah ahli syurga.” Ramai yang berasa hairan. Lalu, setelah diperiksa dan
ditanya kepadanya, jawapannya cukup mudah..”Bila aku melihat orang lain
mendapat kesenangan, aku juga turut berasa tenang. Bila aku melihat orang lain
mendapat kesusahan, aku turut menangis. Allahuakbar.
Ada lagi ke sifat macam ni pada manusia pada hari
ni? Insyaallah, ada,..Awak lah..;)..BTW, the end of this entry, salam imtihan
buat awak yang tengah baca entry nih. Saat kita mengejar kecemerlangan dunia,
jangan lupa pada Yang Satu. Dia Maha Mengetahui. Andaikata,kita tak dapat apa
yang kita nak. Jangan sesekali salahkan takdir, sebab, selepas hujan, kadang-kadang
pelangi akan muncul. Walau ia tak muncul pada hujan kali ini, insyaallah, kita
tunggu lagi. Pasti ada!!!!!Gambate awak…Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment