ASSALAMUALAIKUM....:-)
Alhamdulillah..Da masuk tahun dua di Unimas... Dua tahun lagi, insyaallah bakal bergraduasi...Aamiin...
4 tahun untuk satu cita-cita.. Yang dah lama terpateri dalam hati,just tak terpahat pada realiti lagi...Software Engineer...Ramai yang tanya, apa yang Software
Engineer buat? Cipta game,buat software, coding, jadi pomen komputer? Saya selalu jawab nih..Everything, selagi tak langgar hukum Allah...:-) ..
Cantiknya apa yang Allah dah susun untuk kehidupan kita..
Dari setitik mani yang hina, jadilah kita satu benih yang subur. Lahirnya kita ke dunia, disambut dengan sebuah tangisan kegembiraan...
Anak kecil yang mula meniti manusia..Kekadang merengek inginkan itu dan ini..Puas dibelai, dimanja. Dijentik, tak pernah sekali. Apatah lagi dipukul.
Mula meniti usia. Dididik dan diasuh bagai menatang minyak yang penuh. Semakin matang. Mula mengenal dunia. Erti keseronokan dan kebebasan.
Harapan Si Ibu, mahu melihat anak berakhlak hasil asuhannya.Kata Si Ayah, mahu melihat anak memegang segulung ijazah hasil sumbangan hasil dari titik peluhnya sendiri.
Kuperkenalkan dunia kepadamu wahai Si Anak. Yang penuh mehnah dan ujian. Yang menepati dan melampaui batasan kudrat. Yang mencabar dan membina kudrat.
Yang kekadang atau selalu menggugat kerapuhan sekeping hati bernama iman.
Kuwakilkan dariku kepadamu asuhan dan didikan. Bekal yang tak seberapa, yang bisa membuatmu goyah andaikata kau lupa cara mengamalkannya. Sedikit pesan kugarap, kuacu sedikit acuan harapan, kupalu kata-kata semangat, kuketuk biar kau terus laju meniti, kuikat dengan agama dan kuadunmu dari kuah bangsa.
Jadilah kau si anak,
Walau tak kaya harta, tak apa asal kaya budi. Walau didunia kau ditendang, tak apa asal di akhirat kau disayang. Walau tak punya paras rupa yang bagus, tak apa asal hati bersih.
Kuserahkan padamu. Biarkan kau tentukan..
No comments:
Post a Comment