Powered By Blogger

Tuesday, 11 June 2013

...............

SALAM IMTIHAN...;)
belajar kerana Allah..;)
Mulakan dengan DOA...
Teruskan dengan USAHA..
Tapi, jangan lupa ILTIZAM...
Yang penting, usai semua, kita TAWAKAL...

 Bismillahirrahmanirrahim..

Sedarkah kita....
 Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik oleh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai....

Sedarkah kita....
 Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita…

Sedarkah kita....
 Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya....

Sedarkah kita...
 Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya....

Sedarkah kita...
 Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan...

Sedarkah kita...
 Kewajipan merupakan satu kuasa yang bangun bersama kita disebelah pagi dan berehat bersama sama kita di sebelah malam. Ia ibarat bayang bayang yang mengikut ke mana sahaja kita pergi...

 Bercintalah dengan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dngan kejayaan.....


Doa penerang hati 
                                                                                  
 أَللهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ                  
رَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
         Ya Allah bukakanlah hikmahMu, dan turunkanlah rahmat dari
            khazanahMu  kepada kami, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi 
                        Maha Penyayang
 
Doa mendapat petunjuk
رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْهَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا              
مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ                  
  
Wahai Tuhan kami , janganlah Engkau sesatkan hati kami sesudah Engkau beri
petunjuk dan berikanlah rahmatMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi
 



 

No comments: